seni bahasa on Prezi
KONSEP SENI BAHASA
- Merujuk keupayaan murid mengungkap dan mengapretasi keindahan bahas, memahami dan menghargai bahasa melalui pembelajaran yang menyeronokkan menerusi kepelbagaian aktiviti secara didik hibur.
- Murid juga menggunakan kreativiti dalam melahirkan idea melalui penulisan dan lisan.
- Seni bahasa memberi penekanan kepada keindahan bahasa yang dipelajari oleh murid melalui teknik penyampaian yang menarik dan menyeronokkan seperti bernyanyi, bercerita, berlakon dan berpuisi.
- Pembentukkan ayat yang menggunakan simile, peribahasa, bahasa, kiasan dan personifikasi yang terdapat dalam puisi dan penulisan kreatif juga menampakkan keindahan dan seni dalam Bahasa Melayu.
- Kindahan bahasa yang digunakan dalam aktiviti Seni Bahasa memantapkan penguasaan bahasa mereka.
NYANYIAN
- Membaca atau melafazkan senikata lagu dengan menggunakan rentak atau diiringi muzik yang sesuai dengan murid.
- Mampu menimbulkan minat murid untuk mengukuhkan kemahiran bahasa, menambah perbendaharaan, meningkatkan pemahaman, memupuk nilai dan perasaan dan meningkatkan apresiasi terhadap keindahan bahasa.
- Aktiviti nyanyian yang dicadangkan bersoal jawab tentang isi atau kosa kata menerusi prosa, menceritakan semula isi senikata lagu, memberi respon pra frasa, gerak badan dan mimik muka.
Kereta Kecil
Ayahku belikan kereta
Kereta kecil warna merah
Kereta kecil warna merah
Boleh kupandu ke sekolah
Pon pon pon pon pon
Pon pon pon pon
Kereta keciku berbunyi
Marilah adik mari naik
Boleh kubawa jumpa nenek
- Dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran guru dapat mempamerkan beberapa langkah yang menarik dan bersesuaian dengan aras murid seperti;
- Set Induksi - Mempaparkan beberapa perkataan yang mengandungi suku kata tertutup seperti bas, van, kek dan jet. Kemudian murid suaikan perkataan dengan gambar dan kaitkan dengan isi pelajaran.
- Pamerkan senikata lagu dan baca pola irama secara berpandu. Bersoaljawab tentang senikata secara rawak. Berdasarkan senikata lagu fahami suku kata tetrtutup yang terdapat pada rangkap pertama.
- Nyanyi secara berpandu dalam berkumpulan dan indvidu dengan sebutan dan melodi yang betul.Mengecam suku kata tertutup pada rangkap ke dua. Bersoal jawab sekiranya mereka mendapat kereta kecil. Akhirsekali murid menyiapkan tugasan dibuku aktiviti.
BERCERITA
Teknik Bercerita Tanpa Alat
- Tumpuan kepada gaya penyampaian, cerita menggunakan intonasi, nada, sebutan dan mimik serta ekspresi yang sesuai dengan cerita yang disampaikan.
- Bercerita menggunakan alat seperti topeng, pakaian dan lain-lain alat atau bahan yang dapat menyokong gambaran cerita semasa membuat persembahan.
- Penyampaian cerita melalui konteks yang terdapat dalam cerita yang telah di baca, di dengar atau di lihat dengan menggunakan (menggantung di leher) gambar tunggal watak tersebut semasa bercerita.
- Penyampaian melalui pembacaan dialog bagi watak-watak tertentu dalam sesebuah cerita. Aktiviti ini menggutamakan penggunaan suara sebutan gerak badan dan mimik muka sahaja.
Improvisasi (lakonan kaku)
- Lakonan secara spontan yang mengisahkan kejadian , peristiwa atau situasi sebenar dalam kehidupan seharian dan dialog akan dilahirkan secara spontan.
- Main peranan - Lakonan spontan berdasarkan sesuatu situasi atau masalah tanpa menggunakan skrip.
- Aktiviti lakonan yang berdasarkan cerita menggunakan skrip lakonan yang telah disediakan.
- Kelompok pantun di bahagi kepada pantun kanak-kanak, pantun cerita, dan kasih sayang. Telatah dan cata hidup masyarakat, pantun teka-teki, pantun puji-puji atau sambutan, pantun nasihat agama dan adat pantun naratif atau cerita.
- Ciri-ciri pantun terbahagi kepada jenis pantun iaitu;
* pantun empat kerat iaitu jumlah suku kata 8 hingga 12 dalam sebaris ayat. Setiap stanza atau rangkap pantun , mempunyai dua unit iaitu unit pembayang dan unit maksud.
- Contoh pantun 2 kerat
Bangun pagi cuci gigi.
Pergi berehat di Batu Pahat,
Gigi kuat gusi sihat.
Gelang emas dipakai Mak Utih,
Baju kemas warnanya putih.
KESIMPULAN
- Aspek Seni Bahasa salah satu komponen dalam Kurikulum Standard Bahasa Melayu yang menekankan keindahan bahasa secara didik hibur. Bertujuan membentuk murid menguasai kesinambungan kemahiran bahasa seperti bertutur, membaca dan menulis secara efektif melalui pelbagai kaedah dan strategi pengajaran. Aktivit-aktiviti secara didik hibur dapat meningkatkan penghayatan nilai-nilai seni dalam bahasa. Murid mampu melahirkan idea secara kreatif melalui bahasa yang indah dan halus serta menghargai dalam sesuatu nilai dalam sastera atau seni.
Yang indah itu seni
Yang tinggi nilainya bahasa
Tiada noktahnya di sini
Berjuanglah terus memertabatkan bahasa
CONTOH PENTAKSIRAN SENI BAHASA
Nyanyian
Lagu : Kereta Kecil
- Secara individu murid menyanyi dengan sebutan dan melodi yang betul. (kemahiran seni bahasa)
- Gariskan perkataan yang mengandungi suku kata tertutup pada rangkap kedua lagu. (kemahiran membaca)
- Sebut perkataan yang mengandungi suku kata tertutup pada rangkap kedua lagu.(kemahiran membaca)
- Tuliskan perkataan yang mengandungi suku kata tertutup pada rangkap kedua lagu di buku tulis garis tiga. (kemahiran menulis)
- pon, cil, dik, leh, jum, nek
Bercerita
Ternakan Ayam
- Secara rawak murid bercerita dengan gaya, sebutan dan intonasi yang betul. (kemahiran seni bahasa)
- Bersoal jawab tentang petikan cerita dengan jawapan yang betul. (kemahiran lisan dan bertutur)
- Contoh soal jawab.
2. Berapa ekor ayam yang dipelihara oleh Pak Amin?
3. Apakah nama ayam Pak Amin?
4. Apakah makanan Jaja dan Jiji?
5. Nyatakan kenapa Pak Amin menyediakan tempat untuk Jaja sahaja bertelur?
Lakonan
Gagak Yang Sombong
- Murid megujarkan dailog dengan sebutan dan intonasi yang betul. (kemahiran seni bahasa)
- Bersoal jawab tentang petikan dailog. (kemahiran lisan dan bertutur)
- Contoh soal jawab
2. Sebutkan nama binatang yang sedang berkumpul dan berbincang?
3. Siapakah yang mencadangkan gali sebuah perigi?
4. Siapakah yang tidak mahu bekerjasama?
5. Kenapa gagak meminta sedikit air daripada kawan-kawannya?
Pantun
Bersihkan Diri
- Melafazkan pantun dua kerat dengan intonasi yang betul.(kemahiran seni bahasa)
- Membaca perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup dalam pantun.(kemahiran membaca)
- Bersoal jawab maksud pantun. (kemahiran lisan dan bertutur)
1. Apakah yang perlu kita lakukan setelah bangun pagi?
2. Apa akan jadi pada gigi dan gusi kita?
3. Bagaimana keadaan baju yang dipakai?
'"Bahasa melambangkan seseorang itu berbudi bahasa"